ARTIKEL-ARTIKEL SASTERA
SASTERA ZAMAN PERALIHAN
1.0 Pendahuluan
Sastera zaman peralihan merupakan sejenis karya sastera yang berasal daripada sastera Hindu dengan wajah baru yang mengandungi unsur-unsur islam. Karya jenis ini dihasilkan pada zaman bermulanya pengaruh Islam di alam Melayu yang pada masa itu pengaruh Hindu masih menebal. Pada peringkat awal perkembangannya adalah melalui lisan dan kamudiaannya disalin dan dibukukan mengikut peredaran zaman. Kemudian dari situlah berlaku beberapa perbezaan dan perubahan antara satu karya kepada karya yang lain. Kemudiannya karya-karya bercorak Hindu diubahsuaikan mengikut prinsip dan pemikiran Islam. Kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu ini telah memberikan sumbangan yang amat besar terhadap perkembangan intelektualisme orang-orang Melayu. Islam telah memperkenalkan berbagai-bagai disiplin keilmuan kepada orang Melayu seperti teologi, falsafah, mistisisme, logik, perundangan dan sebagainya. Kedatangan Islam bukan sahaja membawa unsur agama tetapi juga membawa suatu peradaban yang memberikan perubahan yang baru dalam segala hal. Perubahan ini juga melibatkan hasil-hasil karya sastera pada zaman pra-Islam kesusasteraan Melayu terutama epik Ramayana dan Mahabhrata yang mempunyai pengaruh kesusasteraan yang kuat di Kepulauan Melayu. Kebanyakan hasil karya sastera dari India yang berkembang ke Kepulauan Melayu ditulis didalam bahasa Jawa Kuno.
Agama Islam bertapak di alam Melayu pada abad ke-13 tapi tidak bererti bahawa agama atau kebudayaan Hindu hilang sama sekali dalam kalangan masyarakat Melayu. Agama Islam tidak disebarkan melalui peperangan secara kekerasan sebaliknya melalui peranan bahasa dan sastera. Zaman peralihan yang dimaksudkan tidak hanya terbatas di bidang agama sahaja tetapi juga dibidang lain yang tercakup dalam tamadun Melayu. Mohd Yusof Md. Nor (1987:29) menyatakan pengertian zaman peralihan sebagai zaman peradaban Hindu ke Islam iaitu zaman kebudayaan Hindu yang meninggalkan pengaruhnya dan semakin lemah, manakala pengaruh kebudayaan Islam semakin berkembang.
Liaw Yock Fang (1982: 102) menyatakan penentuan karya yang memasuki zaman peralihan Hindu-Islam sangat sukar. Ini kerana sastera Melayu lama tidak mempunyai tarikh dan nama pengarang yang khusus. Hasil sastera Melayu zaman peralihan dianggap tertua hasil daripada zaman Hindu iaitu Hikayat Sri Rama berasal dari tahun 1633. Sastera zaman peralihan merupakan peralihan pengaruh Hindu-Islam dalam karya-karya sastera. Perubahan pradigma masyarakat yang melihat unsur atau pemikiran Hindu dalam karya-karya sastera diubahsuai mengikut cita rasa dan nilai-nilai Islam. Unsur-unsur Hindu yang bertentangan dengan akidah Islam dimurnikan agar roh keislaman dapat dijelmakan dalam karya sastera zaman peralihan. Liaw Yock Fang (1982:103) mengemukakan 13 hikayat yang digolongkan sebagai karya zaman peralihan iaitu Hikayat Puspa Wiraja, Hikayat Parang Puting, Hikayat Langlang Buana, Hikayat Si Miskin, Hikayat Indra Bangsawan, Hikayat Barma Syahdan, Hikayat Indraputera, Hikayat Syah Kobad, Hikayat Syahi Mardan, Hikayat Jaya Lengkara, Hikayat Ahmad Muhammad, Hikayat Koraisy Mengindra dan Hikayat Nakhoda Muda.
Justeru itu, kertas kerja ini akan menghuraikan ciri-ciri dan fungsi sastera zaman peralihan. Perbincangan kertas kerja ini akan menjurus kepada ciri-ciri yang telah dikenal pasti iaitu struktur cerita atau plot, watak dan perwatakan, latar tempat, unsur kesaktian yang berlebihan dan unsur -unsur Islam serta fungsi yang telah dikenalpasti iaitu sebagai alat hiburan, alat mengajar dan mendidik, sebagai alat mengkritik dan nilai kasih sayang dengan mengemukakan beberapa contoh dalam teks yang akan dirujuk oleh pegkaji . Teks-teks yang akan dikaji seperti Hikayat Parang puting, Hikayat Serangga Bayu atau lebih dikenali sebagai Hikayat Ahmad Muhammad, Hikayat Siti Sara atau lebih dikenali dengan nama Hikayat Nakhoda Muda dan dan Hikayat Ganja Mara.
2.0 Isi dan Perbincangan
2.1 Ciri-ciri Sastera Zaman Peralihan
2.1.1 Struktur pokok cerita atau plot
Ciri-ciri sastera zaman peralihan ialah struktur cerita atau plot. Isi cerita atau jalan cerita terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian awal yang menceritakan mengenai latar belakang negeri, latar belakang keluarga dan sebab-sebab kenapa watak wira terpaksa mengembara atau keluar daripada istana. Hal ini dapat dilihat dibuktikan pada watak Gusti Buana dalam teks Hikayat Ganja Mara. Semasa kelahiran baginda, baginda telah ditukarkan dengan anak Siti Jalilah oleh gundik ayahandanya iaitu Siti Saliah. Disebabkan perkara ini Gusti Buana telah dididik sebagai anak rakyat biasa dan bukannya sebagai putera raja yang sebenarnya. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan dibawah:
“…Siti Saliah telah membiuskan segala inang-inang pengasok istana dan sa-waktu mereka tertidur, ia pun menukarkan putera baginda dengan anak saudara-nya.” (hlm. 3)
Bahagian pertengahan cerita pula merupakan bahagian yang terpanjang kerana bahagian ini menceritakan mengenai pengembaraan watak utama termasuklah watak utama yang terpisah daripada keluarga. Selain itu juga, menceritakan mengenai penderitaan yang dialami oleh watak utama. Hal ini dapat dilihat pada watak Gusti Buana yang mempunyai liku hidup sebagai putera raja buangan. Baginda telah dibuang disebuah pulau yang tidak diketahui orang. Setelah baginda meningkat dewasa, baginda kembali berjumpa dengan teman rapatnya semasa kecil iaitu Talib. Dalam pertengahan cerita hikayat ini, pelbagai rintangan yang dihadapi oleh watak wira iaitu Ganja Mara. Antara dugaan yang dihadapi oleh watak wira ialah Ganja Mara tidak disukai oleh Permaisuri Jangga Dupa yang merupakan bonda kepada isterinya iaitu Siti Kamaliah. Hal ini kerana Permaisuri telah menganggap Ganja Mara seorang pencuri. Selain itu juga watak wira diancam bunuh oleh perompak
Bahagian akhir pula menceritakan bagaimana watak utama berjaya mengatasi masalah yang dihadapi dan kembali semula ke istana. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Ganja Mara. Setelah beberapa lama baginda menghadapi pelbagai dugaan, akhirnya baginda telah berjaya menghadapi pelbagai rintangan yang mendatang dari baginda kecil sehinggalah beliau mengahwini isterinya. Akhirnya baginda telah mengetahui perkara yang sebenarnya bahawa beliau merupakan anak raja kepada Maharaja Shamsu ‘Alam. Akhir cerita, pengarang menyatakan bahawa, Ganja Mara telah menukar nama dan menggunakan nama Sultan Fadhil Shah Nubaz Syah setelah beliau menyebarkan agama Islam dan akhirnya baginda bahagia bersama isteri dan juga ayahanda dan bondanya.
2.1.2 Watak dan perwatakan
Ciri yang kedua ialah watak dan perwatakan. Watak mengikut Kamus Dewan edisi keempat (2007:1803) ialah sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya dan sebagainya. Perwatakan pula mengikut Kamus Dewan edisi keempat (2007:1804) menyatakan watak (seseorang) secara keseluruhannya atau keseluruhan watak. Kesemua watak dalam sastera zaman peralihan terdiri daripada anak- anak raja dari kayangan. Hal ini dapat dilihat pada watak Tuan Puteri Linggam Cahaya yang merupakan anak diraja kayangan tetapi telah dibuang ke dunia oleh ayahandanya disebabkan puteri itu di fitnah mengandungkan anak yang tidak mempunyai bapa. Hal ini dapat dibukti melalui teks Hikayat Parang Puting iaitu:
“baiklah aku sumpah anak celaka ini dan aku buangkan ia turun ke dunia, jika ditaruh pun tiada baik, sudah tiada berguna lagi. Maka baginda pun tiadalah tersabar lagi akan hatinya oleh sebab murkanya itu. Maka baginda pun menyumpah tuan puteri itu katanya, “semoga berubahlah muka engkau anak celaka, pergilah engkau turun ke dunia”.
(hlm. 39).
Terdapat juga watak antagonis iaitu watak yang menjadi penghalang kepada watak wira. Hal ini dapat dilihat pada watak Nakhoda Syam dalam Hikayat Ahmad Muhammad yang menjadi penghalang kepada Ahmad dan Muhammad. Hal ini dapat dilihat apabila Nakhoda Muda menyuruh budak-budak Habsyah pergi mencari Ahmad dan Muhammad kerana ingin membunuh mereka kerana mereka telah memakan hati, daging dan kepala burung itu. Ini kerana burung yang telah disembelih itu telah diramalkan akan membawa tuah kepada siapa yang memakannya. Ahli nujum telah meramalkan sesiapa yang memakan ‘kepala’ burung itu akan menjadi raja besar manakala sesiapa yang memakan ‘hati’ burung itu pula akanmen jadi menteri. Hal ini dapat dilihat daripada petikan dibawah
“… mukanya pun merah seperti api yang bernyala-nyala serta disepak kepala budak itu dan disuruh pulang ke rumahnya, hendak disuruh panggil budak-budak Habsyah itu beri lima ratus orang disuruh bunuh akan kepala anak itu bersaudara …”
2.1.3 Latar tempat
Ciri yang ketiga ialah latar tempat. Latar tempat merupakan ruang atau tempat peristiwa berlakunya kejadian dalam sesebuah cerita yang berkaitan dengan lokasi geografi. Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita. Latar tempat yang dipilih oleh pengarang dalam teks hikayat sangat luas dan terdapat pelbagai negeri di dalam sesebuah hikayat. Hal ini dapat dilihat daripada teks Hikayat Ahmad Muhammad iaitu Kenda Kiri, negeri Baghdad, Pulau Biram Dewa dan sebagainya. Dalam Hikayat Parang Puting pula, latar tempatnya lebih luas kerana latar tempat teks ini merujuk kepada dunia kayangan dan dunia manusia. Di kayangan merupakan tempat asal usul Puteri Linggam Cahaya .ini dapat dibuktikan melalui petikan dibawah:
“Al kisah maka inilah hikayat orang dahulu kala duduk di kayangan, terlalu indah ceteranya lagi dengan kesaktian. Maka diceterakan oleh orang yang empunya cerita ini, sekali peristiwa ada seorang dewa duduk di kayangan bernama Dewa Laksana Dewa”. (hlm.27)
Manakala tempat buangan tuan puteri pula adalah di dunia manusia. Tuan puteri dibuang bersama-sama putera yang dikandungnya. Di dunia manusia merupakan tempat tuan puteri membesarkan anakandanya iaitu Mambang Dewa Keinderaan atau dikenali sebagai ‘Budak Miskin’. Ini dapat dibuktikan melalui petikan dibawah:
“Maka tuan puteri pun turunlah ke dunia dengan seorang dirinya ke dalam hutan rimba itu. Tiadalah tentu pergi jalannya itu melainkan ke mana kakinya berjalan itu. “… Baiklah aku pergi mengambil upahan bari makan anakku. Sudah untung demikian, sudahlah dengan kehendak Dewata Mulia Raya, dimana dapatku salahkan lagi”… (hlm. 39-41)
2.1.4 Unsur kesaktian
Ciri yang keempat ialah unsur kesaktian yang terdapat pada watak wira. Mengikut Kamus Dewan edisi keempat (2007:1371) kesaktian ialah seseorang yang mempunyai sifat-sifat yang luar biasa dan tidak dapat ditandingi oleh orang biasa. Hal inidapat dilihat dalam teks Hikayat Parang Putting. Dalam hikayat ini watak utamanya ialah Mambang Dewa Keinderaan yang mempunyai kesaktian yang luar biasa. Beliau telah diberi cincin hikmat yang boleh memberikan makanan kepada sesiapa sahaja dalam masa yang singkat oleh datuk naga kerana beliau telah menjaga naga iaitu Rakna Gempita sejak kecil. Hal ini dapat dilihat pada petikan dibawah:
“…setelah raja naga itu mendengar kata anak miskin itu, maka datanglah belas di dalam hatinya akan budak itu seraya katanya, “baiklah, kerana engkau sudah kuambil menjadi cucu kepadaku dan jikalau lain daripada engkau tiadalah aku berikan cincinku ini. Adapun akan gunanya cincin ini terlalulah amat kesaktiannya. Jikalau ada seribu orang sekalipun cucuku hendak beri makan dengan seketika itu keluarlah hidangannya…” (hlm.56)
selain itu juga Budak Miskin diberi tongkat sakti dan parang puting. Parang puting ini mempunyai kesaktian yang luar biasa. Fungsi parang puting ini ialah ia boleh menjalankan apa jua perintah yang disuruh dan dapat melawan musuh. Parang puting ini telah berjaya membunuh naga yang besar itu atas arahan ‘Budak Miskin’ itu untuk menyelamatkan Tuan Puteri Mengindera Sehari Bulan. Untuk membuktikan kesaktian parang puting ini kita dapat lihat melalui petikan dibawah:
“…maka orang muda itu pun berkata kepada parang putingnya, potonglah olehmu akan jantung hati naga ini. Maka parang puting itu pun memotong jantung hati naga itu. Maka naga itu pun matilah. Maka orang muda itu pun membelah tubuh naga itu, tiga hati tiga malam tiadalah berhenti lagi”. (hlm. 91)
2.1.5 Unsur-unsur Islam
Ciri yang kelima ialah terdapat unsur- unsur Islam yang diselitkan ke dalam sastera zaman peralihan. Unsur-unsur tersebut seperti penyebutan nama Tuhan yang mula-mula disebut dengan menggunakan nama Hindu seperti dewata mulia raya, Batara Kala kemudian ditukarkan menjadi nama Islam seperti raja syah alam atau Allah Subhana wa Ta’ala.halini. Kemudian dilihat juga kepada nama watak yang telah gunakan dalam teks yang mempunyai unsur-unsur keislaman seperti Ahmad dan Muhammad, Siti Ba’dah, Syaikh Jagung dan lain-lain yang terdapat dalam teks Hikayat Ahmad Muhammad. Selain itu juga terdapat penggunaan nama Allah s.w.t, Nabi Muhammad dan Rasul dalam teks ini. Ini dapat dibuktikan melalui petikan di bawah :
… ‘Ya tuanku dan janganlah anakku lupa daripada ilmu Allah yang maha besar itu dan jangan tuanku berpisah dua bersaudara dan jangan takbur kepada Allah s.w.t dan anakku ingat baik-baik dan jangan anakku melepas ibadat kepada-Nya dan Rasul supaya jalanmu selamat dan dikabul… ’(hlm. 114)
Di dalam teks Hikayat Ganja Mara pula watak wira telah menukarkan namanya kepada Sultan Fadhil Shah Nubaz Shah. Terdapat juga unsur islam yang diselitkan kedalam teks iaitu di permulaan cerita seperti perkataan ‘bismillahirrahmanirrahim’ yang terdapat dalam teks Hikayat Nakhoda Muda. Selain itu, sastera zaman peralihan ini juga mempunyai dua judul iaitu satu daripada nama Hindu dan satu lagi daripada nama Islam. Hal ini dapat dilihat pada hikayat-hikayat zaman peralihan seperti Hikayat Serangga Bayu atau lebih dikenali sebagai Hikayat Ahmad Muhammad dalam judul Islam, Hikayat Siti Sara atau lebih dikenali juga sebagai Hikayat Nakhoda Muda.
3.0 Fungsi sastera zaman peralihan
3.1 Alat hiburan
Fungsi sastera zaman peralihan ialah sebagai alat hiburan kepada masyarakat zaman dahulu kala. Hal ini kerana, pada zaman dahulu belum lagi mempunyai sebarang bentuk hiburan seperti sekarang. Masyarakat pada zaman dahulu hanya bergantung kepada hasil karya-karya yang dikeluarkan oleh pengarang sahaja. Jenis-jenis bentuk karya yang dijadikan hiburan masyarakat setempat seperti karya berbentuk naratif dan non-naratif. Karya berbentuk naratif seperti prosa manakala karya non-naratif pula seperti syair, pantun, gurindam, ghazal dan lain-lain lagi. Dalam teks Hikayat Nakhoda Muda terdapat beberapa pantun yang boleh dijadikan hiburan kepada masyarakat pada zaman dahulu. Pantun pada zaman dahulu merupakan karya non-naratif yang popular pada masa itu. Contoh yang terdapat dalam teks ini ialah :
Ikan timba beri bertali,
Pohon dipangku Dang Cempaka
Berdatang sembah ke bawah duli,
Tuanku jangan salah tempa.
Pantun yang dibaca oleh khalayak pembaca pada zaman dahulu mampu untuk menghiburkan masyarakat. Setelah seharian bekerja masyarakat menjadikan pantun sebagai medium hiburan meraka untuk melepaskan rasa tekanan setelah pulang ke rumah. Pantun juga dijadikan sebagai aktiviti masyarakat dalam sesuatu aktiviti.
3.2 Alat mendidik dan mengajar
Fungsi yang kedua ialah sebagai alat mendidik dan mengajar. Karya-karya yang dikeluarkan oleh pengarang juga dijadikan sebagai alat mendidik dan mengajar kepada masyarakan zaman dahulu. Ini kerana karya yang tedapat pada zaman dahulu, mempunyai unsur-unsur pengajaran yang dapat diterapkan oleh masyarakat zaman dahulu. Masyarakat dahulu mengambil iktibar daripada perkara-perkara yang dilakukan oleh golongan bangsawan seperti golongan raja. Selalunya golongan ini akan melakukan kejahatan yang sehingganya boleh memakan diri sendiri. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Johar Alam atau Taja Salim di dalam teks Hikayat Ganja Mara. Watak Taja Salim ini digambarkan sangat nakal semasa kecil dan diikuti pula semasa beliau sudah dewasa. Watak Taja Salim yang telah membelakangkan kedua ayahanda dan bondanya yang tidak membenarkan beliau meneruskan hajat untuk mengahwini Puteri Kamaliah kerana perdana menteri yang akan mengetuai rombongan itu telah jatuh sakit. Taja Salim tidak menghiraukan kesihatan perdana menteri beliau dan beliau tetap meneruskan hajat beliau untuk meminang Puteri Kamaliah tanpa diketuai oleh perdana menteri. Dalam perjalanan Taja Salim ke negeri Jangga Dupa, beliau telah diserang perompak. Oleh sebab itu semua perlengkapan beliau untuk mengahwini Puteri Kamaliah ditawan. Hal ini terjadi disebabkan Taja Salim sangat mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mendengar nasihat kedua ayahanda dan bondanya. Ini menyebabkan Taja Salim ditimpa musibah. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan di bawah:
“…apabila sa-orang daripada perompak-perompak itu keluar daripada tempat persembunyian, ia telah berjumpa dengan rombongan Taja Salim. Dilihatnya harta terlalu banyak. Inilah satu peluang yang baik bagi mereka mencuri harta-harta itu. Kiranya mereka berjaya mencuri bolehlah mereka bersenang lenang sepanjang hayat mereka. Cara mereka hendak…”
(hlm. 13-14)
Ini menjadikan masyarakat pada zaman dahulu mengambil iktibar apa yang telah terjadi kepada golongan yang mengingkari nasihat orang yang lebih tua ataupun membuat sesuatu perkara yang tidak direstui kedua ibu bapa. Sekiranya kita melakukan sesuatu tanpa restu keluarga pasti akan mengundang padah kepada diri sendiri.
3.3 Alat mengkritik
Fungsi yang ketiga ialah sebagai alat mengkritik. Hal ini kerana di dalam karya naratif mahu pun non-naratif terdapat unsur-unsur yang kurang elok perilaku yang dikemukan oleh pengarang dalam setiap hikayat. Watak yang diceritakan oleh pengarang yang mempunyai moral yang tidak elok akan dijadikan panduan oleh masyarakat dalam kehidupan mereka. Melalui karya tersebut masyarakat zaman dahulu kita dapat lihat bahawa peranan yang dimainkan oleh watak golongan bangsawan akan dilihat sebagai golongan antagonis. Hal ini dapat dibuktikan didalam teks Hikayat Ahmad Muhammad. Dalam teks ini, kita dapat lihat bahawa golongan atasan tidak sepatutnya berkelakuan buruk dalam melakukan sesuatu perkara. Ini dapat dilihat pada watak nakhoda Syam yang sangat tamak untuk mendapatkan kepala dan hati burung yang sebenarnya kepunyaan Ahmad dan Muhammad. Disebabkan sikap tamak beliau, beliau tidak berhasil untuk memakan kepala dan hati burung itu kerana Ahmad dan Muhammad telah terlebih dahulu memakannya. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan di bawah:
“ Sesudahnya anak kedua bersaudara mendengar wartanya bonda itu seraya segera menyusul pergi ke dapur hendak melihat burung itu, adanya juga budak kecil itu dipanggang burung itu. Kemudian dirampas dari tangan budak itu lalu dimakan kedua bersaudara. Dan yang tua kena makan hati burung itu dan dagingnya. Adapun yang muda itu kena makan kepala burung itu.” (hlm. 112)
Disebabkan sikap tamak golongan atasan ini, menyebabkan golongan bawahan berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Bak kata pepatah “sikap tamak membawa kerugian” dan “buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat”. Inilah yang terjadi kepada Nakhoda Syam yang tamak dalam segala hal. Rentetan daripada peristiwa ini, memberikan peluang yang nyata bahawa sesiapa yang berbuat baik akan mendapat balasan yang baik manakala yang berbuat jahat akan mendapat balasan setimpal yang dilakukan. Inilah hukum karma yang berlaku kepada masyarakat zaman dahulu.
3.4 Nilai kasih sayang
Kasih sayang merupakan satu nilai yang amat penting dalam sesebuah perhubungan. Sekiranya kasih sayang dalam diri tiada maka akan musnahlah sifat itu. Kasih sayang yang ditonjolkan dalam karya pada zaman dahulu juga dapat membentuk masyarakat supaya menyayangi sesama makhluk di dan menghargai antara satu dengan yang lain. Sekiranya kasih sayang terhapus, maka amat sukar untuk membentuk sebuah organisasi yang sempurna. Dalam Hikayat Ahmad Muhammad kita dapat lihat betapa kuatnya ikatan kasih sayang antara Ahmad dan Muhammad dalam mengemudi kehidupan mereka. Dalam apa jua cabaran yang mendatang mereka tettap bersama dalam menempuh cabaran yang dihadapi. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan dibawah:
“... ya kakandaku, marilah mengamuk; kakandaku di kanan, saya dikiri, kemudian kakanda.” Muhammad itu dipeluk cium pada saudaranya Ahmad serta ditangisi itu seraya berkatanya, “Ya adindaku, jangan engkau berpisah bersama-sama kakandaku ini dan mati hidup kita berdua.” (hlm. 117)
Petikan diatas dapat membuktikan bahawa kasih sayang yang erat dalam kekeluargaan mampu untuk bersatu hati dalam melakukan apa jua perkara. Hal ini menjadi ikutan masyarakat pada zaman dahulu mengenai keutuhan kasih sayang dalam sesebuah keluarga.
4.0 Kesimpulan
Berdasarkan kepada penelitian dan perbincangan yang telah dilakukan dapat dirumuskan bahawa zaman peralihan Hindu-Islam merupakan hasil-hasil karya sastera yang diwarisi dari zaman hindu telah disesuaikan dengan unsur-unsur Islam. Penyesuaian yang terjadi bukan sahaja dilakukan dengan mengubah nama-nama watak Hindu kepada Islam tetapi juga melibatkan nama tempat atau negeri. Selain dari itu, judul karya juga diberikan dua judul iaitu satu judul berunsurkan Hindu dan satu lagi berunsurkan judul Islam. Hikayat merupakan karya klasik yang mengetengahkan mengenai pelbagai tema yang dikemukakan oleh pengarang. Hal ini kerana pengarang ini mempelbagaikan karya mereka seterusnya mengangkat karya pada zaman tersebut. Karya zaman peralihan ini di jadikan karya kerana mengikut arus peredaran masa. Bermula dari karya yang pertama dari hasil karya zaman peralihan iaitu karya epik Mahabrata dan Ramayana kemudian tercetuslah pelbagai karya pada zaman peralihan dan kemudianya disadurkan dengan nilai-nilai Islam. Karya ini disadurkan dengan nilai keislaman disebabkan betapa kuatnya pengaruh epik Mahabrata dan Ramayana yang telah memasuki alam Kepulauan Melayu pada masa itu. Kesusasteraan terus berkembang sehingga tercetusnya pelbagai karya dari zaman peralihan. Dari segi analisis yang dibuat dapat kita lihat ciri-ciri yang terkandung dalam setiap karya zaman peralihan yang membolehkan kita membanding bezakan diantara karya zaman peralihan dan juga karya pengaruh Hindu. Kedua-dua karya ini pada dasarnya menampakkan persamaan tetapi apabila diteliti dengan jelas dapat diketahui bahawa karya zaman peralihan mempunyai saduran nilai-nilai keislaman yang dapat kita bezakan. Antara nilai-nilai keislaman yang dapat kita lihat dalam karya sastera zaman peralihan seperti penggunaan nama watak yang pada mulanya didasarkan kepada nama Hindu tetapi ditukar kepada nama yang berunsurkan keislaman seperti Sultan Fadhil Shah Nubaz Shah yang terdapat didalam Hikayat Ganja Mara. Selain itu juga judul karya juga mempunyai dua judul. Satu diberi dalam judul Hindu dan satu lagi dalam judul Islam seperti Hikayat Serangga Bayu atau lebih dikenali sebagai Hikayat Ahmad Muhammad di dalam judul Islam. Masyarakat lebih mengenali judul berunsurkan Islam berbanding judul Hindu. Ini kerana masyarakat mungkin lebih menfokuskan bahawa karya zaman peralihan adalah karya Islam. Selain itu, pengkaji memasukkan fungsi-fungsi sastera zaman peralihan dalam kertas kerja ini. Fungsi yang diberikan adalah bertujuan untuk melihat bagaimana masyarakat pada zaman dahulu menghiburkan hati mereka. Hasil analisis yang dibuat dapat dilihat bahawa masyarakat pada zaman dahulu bergantung kepada karya-karya yang dihasilkan untuk dijadikan panduan dalam kehidupan dan juga sebagai tempat untuk hiburan ringan.