CERPEN
Apa yang dimaksudkan dengan cerpen?
Cerita pendek atau sering disingkat sebagai cerpen adalah suatu bentuk prosa naratif fiktif. Cerita pendek cenderung padat dan langsung pada tujuannya dibandingkan karya-karya fiksi yang lebih panjang, seperti novella (dalam pengertian moden) dan novel.
Cerita pendek berasal dari anekdot, sebuah situasi yang digambarkan singkat yang dengan cepat tiba pada tujuannya, dengan parallel pada tradisi penceritaan lisan. Dengan munculnya novel yang realistis, cerita pendek berkembang sebagai sebuah miniatur, dengan contoh-contoh dalam cerita-cerita karya E.T.A. Hoffmann dan Anton Chekhov.
Sebenarnya, tidak ada rumusan yang baku mengenai apa itu cerpen. Kalangan sasterawan memiliki rumusan yang tidak sama. H.B. Jassin –Sang Paus Sastra Indonesia- mengatakan bahwa yang disebut cerita pendek harus memiliki bagian perkenalan, pertikaian, dan penyelesaian. A. Bakar Hamid dalam tulisan “Pengertian Cerpen” berpendapat bahawa cerita pendek iaitu perkataan yang diguna antara 500-20000 perkataan, adanya satu plot, adanya satu watak, dan adanya satu kesan. Aoh. KH, pula mendefinisikan bahawa cerpen adalah salah satu cerita rekaan yang sering disebut prosa pendek. Dan masih banyak sasterawan yang merumuskan definisi cerpen.
“KALAU DAH JODOH”
Zamil berjalan melalui padang sekolah untuk pulang ke rumahnya. Sudah menjadi kebiasaan padanya untuk melalui kawasan padang itu. Petang itu di padang sekolahnya terdapat pemain-pemain bola sepak sekolah sedang giat berlatih untuk perlawanan akan datang. Dia sebenarnya sedar bahawa ada seseorang perhatikannya dan membuatkan dia bertambah tidak keruan apabila orang yang memandangnya itu ialah gadis pujaannya. Seperti biasa dia akan cool kan dirinya. Tiba-tiba dia terdengar seseorang mengaduh kesakitan dan dia tahu siapa yang mengaduh itu. Dan dia meneruskan perjalannya.
Ouchhh !!! kata gadis itu sambil memegang kepala yang terkena bola tadi. Huh nasib baik tak pecah kepala aku tadi. Alamak, habis gugur ilmu aku masa discuss tadi. Ameera bermonolog.
Er..Jojo..Jojo ok tak? Sorry Man tak sengaja tadi. Kata Riezman, merangkap kapten bola sepak sekolahnya itu. Bola yang di tendangnya telah salah sasaran dan menyebabkan Jojo yang tanggung nasib.
“Er..Man, Jojo ok je..sikit je nie.”
Riezman ingin memegang dahi Jojo tapi sempat di elak oleh Jojo. Jojo lalu melaungkan nama kawan baiknya.
Ain !! Ain!! Jom la kita balik, lagipun dah lewat ni.
Kejap..kejap.. !! sahut Ain.
Ok la Man, Jojo balik dulu ok. Nanti kita jumpa lagi.
Hurm, baiklah. Hati-hati balik rumah tahu. Pesan Riezman.
Jojo sekadar mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan Riezman di situ.
Pulang sahaja ke rumah Zamil tak sudah-sudah memikirkan tentang Jojo. Gadis yang terkena bola petang tadi. Dia hanya mengenali Jojo apabila sahabatnya memanggil Jojo dengan nama itu. Nama Jojo yang sebenar tidak dia ketahui. Zamil tersenyum sendirian apabila mengenangkan gadis itu. Sangat manis dan comel orangnya.
Aku rasa dia pun sukakan aku,,erk perasankah aku ? hahaha !!! Tapi mungkin firasat aku betul, kalau tidak masakan dia akan selalu memcuri pandang-pandang aku setiap kali aku melintasi kelasnya. Zamil bermonolog. Zamil kemudiannya menghadap tingkap biliknya dan termenung panjang. Dia sebanarnya tidak berpuas hati dengan keputusan ayangnya yang inginkan mereka sekeluarga berpindah kembali menetap di Kuala Lumpur. Dia sudah merasakan kegembiraan yang teramat sangat apabila menetap di negeri Perak Utara ini, tetapi apakan daya keputusan ayahnya adalah muktamat.
Zamil teringat kembali perbualan antara dia dan ayahnya mengenai perpindahan mereka ke Kuala Lumpur. Dia sangat membantah keputusan ayahnya, kerana baginya tak sampai setahun setengah mereka sekeluarga tinggal di Perak, ayahnya pula hendak mereka berpindah kembali ke Kuala Lumpur.
“ Zamil ayah tahu, Zamil gembira tinggal di sini tapi nak tak nak kita kena juga pindah balik ke Kuala Lumpur. Zamil sendiri tahukan bagaimana kerja ayah. Zamil tak sepatutnya berperangai sebegini rupa. Zamil pun dah besar sekarangkan, sepatutnya ayah tak perlu lagi untuk menerangkan kepada Zamil tentang perkar ayang remeh seperti ini kan?’’ Tegas En. Zarul kepada anaknya.
“ Tapi ayah, Zamil kan dah 17 tahun, dah boleh hidup berdikari. Lagipula, Zamilkan anak lelaki sulung pulak tu. Sekolah Zamil yang sekarang ni pun ada menyediakan asrama untuk pelajar-pelajar yang rumah mereka jauh dari sekolah.’’ Zamil memberi alasan kepada ayahnya.
“ Kalau Zamil rasa Zamil dah besar, awak tak sepatutnya membantah apa yang ayah katakan. Zamil ingat ayah akan benarkan Zamil tinggal di sini keseorangan? Itu mustahil bukan.’’ Kata En. Zarul dengan nada yang agak meninggi. Kenal benar En. Zarul dengan parangai anak terunanya yang tunggal ni, tak seperti anak-anaknya yang lain yang senang mendengar kata.
Ala ayah, bolehla. Hanya kali ini je yang Zamil pohon dari ayah. Zamil mencuba memujuk ayahnnya lagi.
“ Keputusan ayah adalah muktamat. Tak ada lagi bantahan yang akan ayah terima selepas ini. Whatever it is kita akan balik ke Kuala Lumpur. It’s that clear, Muhammad Zamil Ikhwan.’’ Tegas En.Zarul lalu berlalu pergi meninggalkan Zamil di ruang tamu itu.
Pon !! pon !! pon!!
Zamil tersedar dari lamunannya tadi. Dia menjenguk ke luar tingkap biliknya, ayahnya sudah pulang dari office.
‘’Hurm..nampaknya aku sudah tidak boleh berbuat apa lagi. Keputusan ayah dah tak boleh di sanggah lagi. Zamil berkata sendirian.
Zamil berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri serta bersolat magrib. Selesai solat magrib dia termenung pula di atas katil. Lamunannya terhenti apabila terdengar pintu bilik di ketuk.
Tok..tok..tok..
“ Eh,Angah. Kenapa?
“ Apa la Along nie, dari tadi ibu panggil Along turun tapi tak juga turun. Berangan je Along nie. Tebak adik perempuannya.
Zamil hanya mendiamkan diri.
“ Along, jom lah turun makan. Kenapa tercegat dekat situ lagi. semua dah ada kat bawah tu. Tuan putera yang sorang ni je yang tak turun lagi. Perlu di jemput lagi. Bebel adiknya.
Di meja makan ahli keluarganya semua sudah berada di situ.
Zamil ! panggil En.Zarul.
Zamil menyahut panggilan ayah.
“ Esok ayah akan settlekan hal pertukaran sekolah kamu. Dalam minggu ni juga kita akan balik ke Kuala Lumpur.
Zamil terkedu dengan khabaran yang di terimanya. Walaupun berat hati Zamil mengangguk setuju. Dia bertekad untuk berjumpa dengan Jojo keesokkan harinya
………………………………………………………………………………………………..
“ Woi..awat hang ni Jojo. Sampai bila hang nak jadi lagu ni. Jojo mendiamkan diri. Ain yang pekat dengan dialek Perak Utaranya mengeleng-gelengkan kepalanya melihat Jojo yang tak ambil pusing apa yang di katakan. Ain menepuk belakang Jojo menyebabkan dia tercekik makanan yang berada di dalam mulutnya. Merah matanya akibat tercekik makanan itu tadi. Ain sekali lagi menepuk belakang Jojo yang ketika itu sedang menikmati air bandungnya pula. Tetapi tepukan Ain sangat berlainan dan menyebabkan Jojo berpaling melihat Ain. Ain menunjukkan sesuatu kepada Jojo menyebabkan mata Jojo hampir terkeluar melihat apa yang dilihatnya.
“ God..dia ada lesung pipit la Ain. Baru aku tahu. Hihihihi..eh tapi kenapa eh hala tujunya macam ke arah kita ? mimpikah aku ?’’ Jojo berkata.
Jojo semakin tidak senang duduk apabila apa yang dilihatnya sebentar tadi semakin menghampirinya. Seram sejuk rasanya. Zamil kelihatan bersahaja untuk menghilangkan rasa gemuruh di hati. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya pada ketika ini.
“ Assalamualaikum, sapa Zamil.
“ Err...waalaikummussalam. Jawab Jojo sambil Ain yang masih terkejut dengan kehadiran Zamil di sisi mereka.
“ Errr...mmmm..saya sukakan awak sebenarnya. Awak sweet sangat.!”. Jojo terkejut dengan apa yang didengarnya tadi. Tak berkelip matanya mendengar ayat Zamil tadi. Zamil pula seperti serba salah kerana terlalu straight forward.
“ Err..sebenarnya saya akan berpindah ke Kuala Lumpur minggu ini. Ni phone number saya, kalau awak sudi menjadi kawan saya contact la saya nanti. Zamil berkata dengan tenang walaupun perasaan gugupnya hanya Allah je yang tahu sambil meletakkan sekeping kertas di atas meja itu. Dia kemudiannya berlalu pergi apabila tidak mendapat respon yang sepatutnya. Jojo seolah-olah berada di kayangan dan terkejut apabila namanya di panggil berulang kali oleh Ain. Tanpa di sangka kertas yang berada di atas meja tadi melayang di tiup angin lalu masuk ke dalam longkang berhampiran. Ain terkejut dan Jojo menampakkan riak yang kecewa. Hati menangis.
………………………………………………………………………………………………...
Lagu 21 guns kedengaran nyaring berbunyi. Menandakan ada pesanan masuk dari hanset Jojo. Berlari anak Jojo dari dapur mengambil hensetnya di ruang tamu. Lalu Jojo membaca pesanan yang baru diterimanya.
Sender : 0175074912
Barang yang u order dah siap. Nanti datang kedai ok. Thanks.
Jojo mengerutkan dahinya, dah seperti retak seribu bagai.
Ain ! Ain ! Jojo menjerit memanggil Ain yang berada di dalam biliknya.
Awat dengan hang ni Jojo, dok menjerit tak tentu hala. Awat hang? Marah Ain tanpa memandang Jojo. Tiba-tiba Ain gelak dengan kuat sehingga mengejutkan Jojo.
Tak de spek mata lagi besaq ka yang hang nak guna Jojo oi? Agak-agak la kalau nak buat perisai pun. Jojo memahami kenapa Ain ketawakan dia tadi lalu Jojo membuka spek mata hitam yang dipakainya.
Huh..Ain, mata Jojo ni kan tak de insurans, so kena la jaga. Karang tak pasal-pasal masuk cabai melaka dalam mata Jojo nanti. Jojo tersengih.
“Ha..kenapa Jojo panggil Ain tadi”?
Ni ha…kenal tak this number? Ada order pa pe tak guna number Jojo? Jojo menunjukkan pesanan yang dibacanya kepada Ain. Ain melihat number di skrin hanset Jojo, tapi dia langsung tidak mengenali number yang tertera itu. Lalu Ain menggelengkan kepala.
Sure? Jojo meminta kepastian lagi”.
Ain mengangguk.
Hurm, tak pe la abaikan je. Jojo meletakkan kembali hansetnya di atas meja, lalu menyambung tugasnya menumbuk sambal belacan tadi. Ain menggelengkan kepala melihat keletah Jojo.
Sabar je la ! kata Ain.
…………………………………………………………………………………………………
Lagu 21 guns kedengaran lagi.
Sender : 0175074912
Thanks sebab inform yea. Patutla tak respons dari tadi. Pelik juga I tadi. Pa pe pun I minta maaf sebab dah salah hantar dekat you tadi.
Reply : 0124496112
Its ok. Mula-mula malas I nak reply sebab tak kenal pemilik number ni, tapi tergerak hati pula nak inform dekat you.
Sender : 0175074912
Anyway, thanks yea. Kalau nanti you nak order kek atau apa-apa you boleh beritahu I, sebab I buka kedai kek. Oh yea, nama you apa eh?
Reply : 0124496112
Ok, i will. Me Joyah.
Selepas membalas pesanan itu, Jojo ketawa besar dengan nama yang dia berikan kepada pihak sebalah sana. Sampai keluar air matanya.
Zamil tergelak besar setelah membaca pesanan yang diterimanya. Joyah? Ada lagi ke zaman sekarang menggunakan nama klasik macam nie? Hahahaha.. Zamil lantas membalas pesanan Joyah.
Sender : 0175074912
Baik Cik Joyah. Nice to know you. Kalau nak order kek beritahu saya ok. –Dollah-
....................................................................................................................................................
Ain yang sedang menonton tv terkejut mendengar ketawa Jojo yang agak kuat itu.
“Awat dengan hang ni Jojo?” Kene sampuk apa, malam-malam buta dok gelak sorang-sorang. Pelik aku dengan hang ni Jojo oi. Jojo masih tergelak-gelak sambil menutup mulutnya dengan tangan. Ain kembali menonton tv, itulah kerja mereka apabila masa terluang apabila balik dari office. Adakalanya mereka akan masak dan makan bersama-sama. Pada mulanya hubungan mereka sudah renggang kerana tinggal di negeri yang lain. Jojo masih di Perak menyambung pelajarannya di UiTM Seri Iskandar dalam jurusan Akaun manakala Ain menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur dalam bidnag yang sama. Ain pada mulanya mengajak Jojo untuk menyambung pelajaran di Kuala Lumpur tetapi Jojo enggan kerana tidak mahu berjauhan dengan kekasih hatinya, Riezman. Dia dan Riezman bersama-sama melanjutkan pelajaran di universiti yang sama tetapi berlainan jurusan. Setelah tamat belajar barulah Jojo pergi ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama dengan Ain. Setelah beberapa hari disitu, Jojo menceritakan kepada Ain mengenai Riezman yang curang dengannya.
Jojo pun tak sangka yang Riezman akan buat macam tu. Sebab selama ni dia yang terlampau menagih cinta Jojo tapi sekarang sebaliknya. Pada tahun pertama hubungan kami sangat bahagia, tapi lepas setahun berada di UiTM Jojo terdengar macam-macam cerita pasal Riezman, tapi Riezman tak mengaku semua tu. Katanya itu semua fitnah. Jojo percaya sebab tahu Riezman tu kan handsome, pasti ramai perempuan yang tergoda. Tapi bila dah masuk tahun kedua kami, Riezman dah lain dengan Jojo. Nak spent time untuk hubungan kami pun payah, tak macam dulu lagi. Tapi dengan coursemate dia, Tasya hari-hari mereka jumpa. Masa tu Jojo cemburu sangat. Nak dijadikan cerita, suatu hari Jojo terbaca pesanan ringkas yang diberikan Tasya dan Jojo baca ke semua pesanan yang dihantar dan baru tahu selama ni Jojo diperbodohkan oleh Riezman. Jojo tanyakan pada Riezman dan akhirnya dia mengaku yang dia lebih sayangkan Tasya dan lebih perlukan Tasya dalam hidupnya. Sejak dari itu Jojo dah tawar hati dengan lelaki.
…………………………………………………………………………………………………
“ Aku tengok kau ni asyik bisnes kau je, carila teman sorang. Takkan nak membujang sampai ke tua bro ?’’
Zamil tidak mempedulikan apa yang dikatakan kawannya. Hatinya dah cukup terluka dengan apa yang terjadi sebelum ini. Zamil mengacau-ngacau milo ais nya.
“ Bro, yang sudah tu biarkan la berlalu. Jangan di kenangkan lagi. Patah tumbuh hilang berganti. Serentak Zamil ketawa”.
“ Aku dah lupakan semua yang berlaku dulu. Aku Cuma harap perempuan yang selalu muncul dalam mimpi aku tu akan ada didepan mata aku satu hari nanti, kata Zamil dengan nada yang bersungguh-sungguh. ‘’
“ Sapa ?’’ Tanya kawan Zamil.
Jojo’’ !
....................................................................................................................................................
Terima kasih banyak-banyak sebab kasi kek kat budak-budak dekat sini. Makin suka la anak-anak dekat sini bila kamu datang Jojo, kata cikgu di rumah anak-anak yatim.”
Apalah sangat sumbangan kami ni cikgu. Asalkan budak-budak kat sini gembira kami juga turut gembira. Kata Jojo dengan rendah diri. Ain hanya mengangguk.
Kek ni kamu buat sendiri ker ? tanya cikgu Intan kepada kami.’’
Eh ! Tak lah cikgu. Kek ni kami tempah dari seseorang.jawab Ain dengan pantas.
Ye ke,,emmm..sedap kek yang kamu bawa. Nanti boleh la saya tempah pulak. Cikgu Intan memuji kedai kek Zamil.
Itulah cikgu. Saya pun baru first time cuba ni. Rasa sekali pasti nak lagi. Hehehehe. Jojo mengiyakan pujian cikgu Intan tadi.
Macam mana saya nk order yea ?
Kejap ye cikgu. Jojo meraba-raba handbagnya mencari hansetnya.
o..1..7..5..0..7..4..9..1..2..! lambat-lambat Jojo menyebut number telefon pemilik kedai kek itu.
ok, terima kasih Jojo. Oh yeah apa namanya?
“Dollah”.
....................................................................................................................................................
Lagu 21 guns kedengaran.
-Sender: Dollah
Salam. Busy ke?
-Reply: Joyah
Waalaikummussalam. Eh tak la. Tengah tengok tv je ni dengan housemate.
-Sender :Dollah
you asyik dengan housemate you je. Tak keluar mana-mana ker?
-Reply: Joyah
I memang macam ni. Jarang sangat nak keluar. Selalu spent time dengan housemate je la. Ala you pun sama juga, asyik dengan bisnes je. Macam tak der kawan pula.
-Sender : Dollah
(^_^) actually I tak ramai sangat kawan. I ada sorang je kawan rapat. Kalau nak lepak, lepak dengan dia je la.
-Reply: Joyah
Oh ye ke. Gf?
-Sender :Dollah
Gf? Huhuhu..dah hilang semenjak setahun yang lepas. You?
-Reply: Joyah
Senasib kita rupanya. Hihihihi
-Sender :Dollah
Boleh I call you?
-Reply: Joyah
Boleh..:-)
Seminit kemudian kedengaran lagu “Bila Cinta”. Nama Dollah terpamer di skrin hansetnya.
“Hello,assalamualaikum Cik Joyah..,” Zamil member salam.
“Waalaikumussalam. Jawab Jojo dengan nada tawa yang masih ada.
“Mimpi apa ni yang you call i ni?’’
“Saja je. Tetiba terasa nak bercakap dengan you pulak malam ni..’’ Zamil berterus terang. Jojo pula sudah bersangka buruk terhadap Zamil.
“Em..errrr...boleh saya tanya awak sesuatu?’’
Pihak sebelah sana hanya mendiamkan diri. Jojo meneruskan pertanyaannya.
“Err,,you memang selalau call customer macam nie ke?’’ Maksud I call..er..sms macam ni?
I dah agak mesti soalan macam tu akan keluar. Secara jujurnya I tak pernah pun buat macam ni. Ni la kali pertama I call customer macam I buat dekat you. Jojo terdiam.
“But it’s up to u sama ada nak percaya atau tak”.
“ I trust you, jawab Jojo”.
“ Apa yang membuatkan awak percaya kepada saya, sedangkan we don’t know each other”.
“ Hati saya berkata...er...saya percaya kata-kata awak”.
Kedua-duanya mendiamkan diri seribu bahasa. Mereka merasakan ada sesuatu yang lain hadir dalam perasaan masing-masing.
“Boyfriend awak tak marah ke saya call awak ni?’’
“ Kan saya dah cakap yang saya tak der boyfriend. Eh awak tu, macam mana pula, asyik kata saya je dari tadi”.
“ Saya tak de girlfriend Cik Joyah oiiiii’’.
Dengan serta merta Jojo ketawa apabila Zamil memanggil namanya Joyah.
Setiap kali saya sebut je nama awak mesti awak akan ketawa. Kenapa eh? Ni mesti fasal nama awakkan ?’’
“ Aah. Hahahaha. Jojo kembali ketawa’’.
“ Then apa nama awak?’’
“ Er,,saya rasa Dollah tu pun bukan nama awak kan?
“ Hihihihi...Itu fasal saya call awak ni, saya nak ceritakan sesuatu kat awak. Cikgu Intan, awak kenal kan?’’
“ Aah. Kenal sangat. Kenapa?
“ Dia call saya tadi, katanya nak cakap dengan Encik Dollah. Mati-mati saya cakap tak de yang bernama Encik Dollah guna number ni. Saya lupa pula yang saya beritahu nama saya Dollah kat awak. Last-last baru saya ingat then saya call dia balik.”
Jojo ketawa besar mendengar pengakuan lelaki itu tadi.
“ Then apa nama awak sebenarnya?”
“ Zamil. Zamil Ikhwan. Awak ?”
“ Johanna Ameera. Tapi kawan-kawan saya panggil Jojo. “
“ Jojo !!?
“ Yup..Jojo. kenapa terkejut eh?macam lelaki ke? Tak salahkan saya guna nama ni. Just my nickname.”
“ No !!!
“ Huhh..???
“ Nak jumpa!! Nak jumpa !!”
“ Hahhh? Nak jumpa?”
“ Aah. Esok, dekat The Mines, boleh?”
“ Errrrrr,,,
“ Kalau takot,bawak kawan ok.”
“Huhh,,,!!!”
“ Nak bawak satu bas pun tak per, saya tak kisah. Janji saya dapat jumpa awak.”
....................................................................................................................................................
Jojo dan Ain duduk di restoran Dunkin Donut yang ada disitu. Dengan penuh debaran, Jojo menunggu dengan penuh kesabaran. Jojo melihat jam ditangannya. Sudah 3.50 petang, lagi 10 minit detik hatinya. Tiba- tiba Ain menepuk bahu Jojo, makin lama makin kuat. Jojo yang sedang berdebar menanti kehadiran Zamil terganggu.
“kenapa ni Ain?”Jojo yang semakin keresahan bermain-main jarinya.”
“Haishhh..kenapa senang-senang aku terima ajakan dari seorang lelaki yang aku sendiri tidak kenali. Saja cari bala betulla ko ni Jojo.” Jojo ngomel dalam hatinya. Tangan Ain dibahunya makin lama makin menjadi sehinggalah dia terdengar suara yang sangat dirinduinya 5 tahun yang lepas.
“Hi..Lama tak jumpa ?’’
Jojo tergamam.
“Sampai hati awakkan, tak contact saya pun.” Zamil tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Jantung Jojo jadi tak keruan.
“ Boleh saya duduk?” Jojo mengangguk kemudian dia menggeleng. Zamil ketawa kecil melihat telatah Jojo yang seperti cacing kepanasan.
“ Boleh ke tak ni?” Zamil bertanya sekali lagi.
“ Boleh..boleh..duduklah.’’ Ain yang dari tadi menjadi pegawai pemerhati akhirnya bersuara setelah melihat Jojo tidak bersuara.
“ Berdua aja ? Zamil bertanya.
“ Tak. Bertiga. Dengan panats Jojo menjawab. Zamil ketawa kecil.
‘’ Bertiga?
“ Maksud saya, kejap lagi kawan saya nak datang.”
“ Saya rasa mesti dia tak kisahkan bila saya ada sekali di sini ?’’. Jojo mengerutkan dahinya.
“ Teman lelaki awak ke yang nak datang tu ?’’
“ Tak !!!. Jawab Jojo terkuat.
“ Kalau macam tu bagus la, saya datang ni pun sebab nak melamar awak. Kedua-dua gadis itu tercengang mendengar ayat yang keluar dari mulut Zamil tadi.
“ Nah..Zamil mengeluarkan sekotak bekas cincin yang berwarna merah hati kepada Jojo. Jojo teragak-agak untuk menerimanya.
Lambat-lambat Jojo membuka kotak cincin itu. matanya bersinar apabila melihat sebentuk cincin yang sangat comel walaupun rekaannya ringkas sahaja. Sedang dia asyik membelek cincin itu, dia terpandang satu perkataan. Lalu dia membaca perlahan-lahan.
“ Dollah...Loves..Joyah!!!” Jojo terpinga-pinga seolah-olah berada di dalam mimpi. Setelah melihat lelaki yang berada didepannya merupakan lelaki yang pernah menjadi igauannya menyebabkan dia melonjak kegembiraan.
Zamil mengambil cincin itu dari tangan Jojo, lalu dia menyarungkan cincin itu ke jari manis Jojo. Jojo tersipu malu. Lalu dia memandang Ain.
“ Next week, saya hantar wakil keluarga saya ke rumah awak.
Dengan muka yang terkejut bercampur gembira, Jojo mengangguk tanda setuju. Zamil memegang erat tangan Jojo. Bidadari yang diimpikan selama ini akan menjadi miliknya seketika nanti. Akhirnya mereka bertiga pulang ke rumah. Satu hari yang sangat indah dalam hidup Jojo. Dia akhirnya tersenyum lebar. Kebahagiaan terpancar di wajahnya.
Dollah Loves Joyah. ..
~~kalau dah jodoh, walau kita jauh mana sekalipun, kalau itu adalah jodoh kita,ia tetap akan kembali kepada kita~~